MGCN JOHOR


Salam,

Bagi pihak warga Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor , mengucapkan Selamat Menyambut Hari Depaavali kepada semua Guru- Guru Cemerlang yang beragama Hindu di seluruh negeri Johor. Semoga perayaan ini akan disambut secara meriah dan berupaya merapatkan hubungan silaturahim antara warga Guru Cemerlang.


Salam,

Pada tahun 2011, Google dalam perancangan untuk menguji rangkaian broadband berkelajuan ultra tinggi. Rangkaian ini akan menyediakan akses internet berkelajuan tinggi sekitar 100 kali kelajuan berbanding...

Internet search giant, Google, last week announced a plan to test an ultra high-speed broadband network at Stanford University in 2011.

Incidentally, Stanford is also where Google’s founders, Larry Page and Sergey Brin, attended. The company will provide high speed access to over 800 staff-owned and faculty members based on Stanford’s Palo Alto, California, campus.

This connection will provide high speed internet access at about 100 times the current average connection speeds, up to 1 GB (gigabit) per second. Using Fiber-optic technology, the company plans to break ground on the project in early 2011.

Also earlier this year, Google announced plans to offer a similar service on a trial basis in one or more locations in the United States, which would allow them to test the network with at least 50,000 people or even more. It is not yet known where these location(s) will be, as Google will only announce the winning community(s) towards the end of this year.

Among Google’s many offerings are also a much faster internet browser called, Google Chrome. Among some of the positive attributes is that the actual display area of the browser is noticeable bigger than for instance Internet Explorer and Firefox.

Google is a worldwide leader in internet search, with the company also announcing an even faster search method last month, called Google Instant. You should be able to see this new feature every time you begin to type your search query in any Google Search box on the internet. It works by “reading” the text as you type your query, and then providing you with relevant and popular keyword matches from a drop-down box directly below the search-box. It is incredibly fast, displaying the best matches even before you have finished typing the search query

Google’s products seem to keep evolving, with the company branching out into various other areas of business and product offerings to its vast user network.

Sumber;

http://rmmict.blogspot.com/

http://www.new-technology-world.com/wordpress/?p=762

Selamat Bersara








Salam,

Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor merakamkan ucapan selamat bersara untuk En.Azizul Rahman bin Abdul Rahman Guru Cemerlang Bahasa Melayu Gred Khas C pada 28 September 2010. Sesungguhnya segala jasa dan bakti yang telah tuan berikan khususnya kepada Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor dan usaha bersungguh tuan untuk mengangkat martabat seluruh Guru Cemerlang di negara kita amat dihargai. Segala-galanya hanya Allah jua dapat membalasnya. Walaupun dari segi penjawatan kita telah terputus,namun segala nasihat ,idea dan teguran dari tuan tetap kami tuntut sehingga ke akhir hayat. Persaraan tuan merupakan satu kehilangan yang amat besar buat Majlis Guru Cemerlang Johor dan dunia pendidikan itu sendiri. Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan memberikan kesempurnaan kesihatan untuk tuan terus berbakti kepada nusa,bangsa,agama dan negara. AMIN.

"Cincin Emas Tak Kan Tampan Bermata Kaca"
Azizul Rahman bin Abdul Rahman






Persidangan Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan 2010

Tempat: Akademik Kenegaraan Biro Tatanegara,Kuala Lumpur
Tarikh: 27 September hingga 30 September 2010

Persidangan Guru Cemerlang Kali ini telah diwakili oleh 10 orang peserta yang diketuai oleh Pn. Norizah bte Rahmat YDP Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor. Pn.Zanariah bte Abdol telah mewakili Majlis Guru Cemerlang Johor untuk membentangkan kertas kerjanya "Jejak Info" untuk karangan wibawa A" dalam siri sidang selari Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan.Selain dari iu juga, MGC Johor juga telah menyertai pameran yang diadakan di ruang legar Auditorium Akademi Kenegaraan ,Biro Tatanegara, Kuala Lumpur.Alhamdulilah segala-galanya telah berjalan dengan lancar.

Kreativiti Dan Inovasi
Inovasi dan kreativiti milik semua, bukan untuk cerdik pandai sahaja........ Dalam menghala ke arah model ekonomi baru yang berpaksikan pengetahuan dan inovasi, hanya negara yang mempunyai perisian intelek dan berteknologi canggih serta terkini dapat berada di barisan hadapan dalam perlumbaan mengejar kemajuan.... Bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa kunci kepada kejayaan negara maju adalah inovasi dan kreativiti.–YAB Perdana Menteri.

Saya percaya tiada seorang pun yang berfikiran waras dapat menafikan kebenaran kenyataan YAB Perdana Menteri kita. Sepatutnya kenyataan tersebut menjadikan 'wake-up call' kepada ramai yang masih dalam keadaan relaks dengan anggapan bahawa hari esok masih akan sama dengan hari ini. Amalan hari ini masih boleh dipakai selama-lamanya.

Izinkan saya memberi sedikit pandangan bernilai '5 sen' berkenaan dengan kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan di sekolah. Dalam tempoh masa hampir 28 tahun saya berkecimpung dalam pendidikan di sekolah menengah saya perhatikan terdapat banyak usaha dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui pelbagai peringkat untuk menjadikan kreativiti dan inovasi satu komponen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai idea, konsep dan teori yang pernah dicuba dan dibukti berjaya di negara-negara yang lain telah diperkenalkan dari peringkat atas(KPM atau JPN) ke peringkat sekolah. Namum demikian mengapa masalah tentang kekurangan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan murid masih menjadi isu yang sama serius seperti dekad-dekad yang lalu? Adakah lebih banyak idea, konsep dan teori yang baru dapat menangani masalah in? Atau, perlukah kita lihat juga aspek-aspek yang lain seperti sistem, struktur, sikap dan insentif dalam urusan penyemaian budaya kreativiti dan inovasi?

Kreativiti dan inovasi berasas dari pemikiran dan sejak awal-awal lagi KPM sedar tentang perkara ini. Oleh itu pelbagai jenis kursus dan latihan berkaitan dengan kemahiran berfikir pernah dijalankan oleh KPM. Banyak kandungan yang sangat baik telah diperkenalkan tetapi atas sebab kelemahan sistem latihan yang berperingkat, biasanya amat sedikit yang sampai peringkat terbawah sekali, yang sebenarnya paling perlu, yang menjadi penentu kejayaan--peringkat sekolah. Pencairan mungkin disebabkan oleh jurulatih sendiri yang kurang mampu menurunkan ilmu/kemahiran yang mereka peroleh (atau belum diperoleh pun walaupun telah dilatih), faktor masa (contoh: 1 minggu di peringkat kebangsaan, 3 hari di peringkat negeri, 1 hari di peringkat daerah dan akhir sekali 2 jam di peringkat sekolah. Melainkan IQ menjadi semakin tinggi di peringkat semakin bawah, masa yang diperlukan untuk memahami kandung baru sepatutnya semakin panjang di peringkat yang semakin bawah.) dan faktor sikap-'asal ada buat'.

Antara kandungan yang pernah diperkenalkan oleh KPM (setakat ingatan saya sahaja) termasuk

Cognitive Research Trust (CoRT Thinking) yang dipimpin oleh Edward de Bono memperkenalkan pelbagai alatan yang membantu melatih pemikiran kritis dan kreatif.
Peta Minda yang dicipta oleh Tony Buzan untuk membuat nota yang kreatif dan efektif.
Otak Kiri dan Otak Kanan yang diperkenalkan oleh Roger Wolcott Sperry.
Sistem 4-MAT oleh Bernice McCarthy.
KBKK - Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif.
KBSB - Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir.
Pelbagai pedagogi seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, teori pelbagai kecerdasan dan kajian masa depan.

Senarai sebenar patut lebih panjang lagi tetapi yang soal yang lebih penting ialah sama ada ilmu dan kemahiran ini diterapkan lalu diamalkan oleh guru atau tidak dan kalau ada, diturunkan kepada murid-murid atau tidak. Pembentukan budaya kreatif dan inovatif mengambil masa dan keputusan tidak jelas dilihat dalam jangka masa yang pendek tetapi mendatangkan banyak manfaat dalam jangka panjang. Dalam situasi di mana keputusan jangka pendek, khasnya aspek akademik, diberi fokus yang terlampau intensif, tidak ramai guru atau pentadbir ingin dan berani mengambil risiko untuk menjadi terlalu inovatif. Melainkan terdapat satu anjakan paradigma yang sebenar (berlawan dengan 'lip service' sahaja), pendidikan holistik yang memberi harapan kepada pembudayaan kreativiti dan inovasi masih menjadi satu ilusi sahaja.

Namun demikian, masih ada ruang dan peluang untuk kemajuan sekiranya setiap individu tidak kira pangkat atau peringkat ( Bukankah PM kata bahawa inovasi dan kreativiti milik semua, bukan untuk cerdik pandai sahaja?) cuba memikir dan bertindak secara aktif. Lebih-lebih lagi, dengan kemajuan ICT, internet telah menjadi satu saluran yang baik untuk mendapat dan mengkongsi pemikiran. Setakat ini, para guru yang sepatutnya berada di barisan depan masih kurang aktif dalam hal penulisan dan perkongsian pemikiran. Bagaimana kita dapat mendorong generasi yang muda untuk memikir secara aktif sekiranya kita sendiri tidak aktif? Saya berharap kita semua boleh membuat refleksi tentang hal ini semoga impian PM menjadi realiti.

Akhir sekali, adakah 'kreativiti dan inovasi' satu kewajiban atau satu pilihan sahaja? Secara peribadi saya berfikir, melainkan kita puas hati dengan keadaan di mana kita semaikan ketinggalan, jawapannya ialah 100% waji

Sumber:http://thinkingallowed1.blogspot.com/
En. Yew Kok Leh
Pengetua Kanan
SMK.Jalan Mengkibol, Kluang.



WARKAH AYAHANDA PENGARAH PELAJARAN JOHOR KEPADA SEMUA CALON UPSR NEGERI JOHOR TAHUN 2010
August 21st, 2010 | 93 views | 11 Comments
Anakanda,
Ke hadapan anakanda calon-calon UPSR 2010 negeri Johor yang dikasihi. Ayahanda doakan agar anakanda sekalian dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 21 hingga 23 September 2010 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yang penting ini.
Dengan kehadiran warkah ini, ayahanda berharap agar dapat menjadi pengganti diri ayahanda dan sesungguhnya anakanda tidak bersendirian dalam menghadapi saat-saat penting dalam kehidupan anakanda. Warkah ini juga umpama harapan dan kasih sayang yang tulus dari ayahanda yang terlalu ingin melihat anakanda beroleh kejayaan yang cemerlang dalam hidup anakanda. Kegembiraan dan kecemerlangan anakanda adalah kepuasan dan kejayaan ayahanda jua.
Anakanda yang dikasihi,
Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, tiada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah. Walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh dicapai. Anggaplah kesusahan semasa berusaha untuk cemerlang adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari nanti. Sifat putus asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh dari diri anakanda.
Seperkara yang ayahanda ingin berkongsi ialah jangan malu untuk bertanya. Seperti kata pepatah melayu “Malu Bertanya Sesat Jalan” Tanyalah apa jua kemusykilan pada yang mahir. Di sekolah umpamanya kita mempunyai guru-guru yang cemerlang, kaunselor – kaunselor yang gemilang dan guru – guru pakar yang terbilang. Bertanyalah pada mereka semua. Semua persoalan akan terungkai . Bayangkanlah sekiranya anakanda rajin bertanya pada mereka, anakanda akan menjadi pelajar luarbiasa dan cemerlang.
Anakanda yang dikasihi,
Ayahanda tahu bahawa masa kini semakin suntuk, ketika warkah ini dibaca, ayahanda rasa hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi peperiksaan UPSR akan berlangsung. Anakanda harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Cuba dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Mohonlah kemaafan dan doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan anakanda. Sebelum ayahanda mengundur diri, sekali lagi ayahanda nasihatkan agar anakanda menjaga kesihatan dan bersenamlah selalu agar badan sihat dan cergas. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana “Masa Itu Emas”. Rajinlah mengulangkaji dan ketahuilah subjek atau topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya.
Akhirkata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa dan guru anakanda. Sekali lagi kita capai “Johor Top 5” tahun ini. Selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya dengan cemerlang.
Daripada Ayahanda
(HAJI SUFA’AT BIN TUMIN)
Pengarah Pelajaran Johor
17 Ogos 2010





Transformasi Kurikulum Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara

Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan.

Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.

Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi itu dilaksanakan dengan mengambil kira enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik.

Transformasi pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan modal insan yang berpengatahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

Sumber : http://www.cikgublog.com/






Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

1.Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.

2.Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.

3.Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

4.Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.

5.Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

1.Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

2.Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.

3.Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seimbang dengan perbelanjaan harian.

4.Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.

5.Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.

6.Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.

6 Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni.

6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.
Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi. Sekian terima kasih.





Mesyuarat Pengurusan MGC Johor kali ke - 4 2010 & Mesyuarat Persediaan Persidangan MGC Kebangsaan 2010

Tempat : SM Sains Johor
Tarikh : 5 Ogos 2010
Masa : 8.00 pagi- 5.00 petang
Kehadiran : semua pengerusi, setiausaha dan bendahari daerah .

Salam,
Kepada semua rakan-rakan Guru Cemerlang Johor, Hasil dari keputusan mesyuarat adalah dimaklumkan bahawa :

1.Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri Johor akan di adakan mengikut ketetapan berikut :-

Tarikh : 7 Ogos 2010
Tempat : SM Sains Johor
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tentatif program

JADUAL TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.30 - 8.15 pagi Pendaftaran

Sarapan pagi

8.15 – 8.30 pagi Taklimat Program/pengundian

8.30 – 10.00 pagi Pembentangan Laporan Kajian Tindakan

(Sesi pertama)

10.00 – 10.30 pagi REHAT

10.30 – 1.00 t/hari Pembentangan Laporan Kajian Tindakan

(Sesi kedua)

1.000 t/hari- 2.00 petang REHAT

2.00 – 4.30 petang (Sesi ke tiga)

4.30 - 530 petang

- Ucapan Aluan Pengerusi MGC Johor

Pn. Norizah bte Rahmat

- Ucapan Penutupan Rasmi

- Tn. Pengarah Pelajaran Johor/Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Penyampaian Sijil dan Cenderamata

Sesi fotografi

5.30 petang Bersurai


Setiap daerah dikehendaki menghantar seorang peserta bagi setiap bahagian :

1. Sekolah Menengah
2. Sekolah Rendah

Masa pembentangan kajian tindakan 20 minit. 15 minit untuk pembentangan dan 5 minit untuk soal jawab.

2. Jamuan Perdana Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor

Tarikh : 9 Oktober 2010
Tempat : Hotel Prime City Kluang
Masa : 1.00 tengahari

setiap daerah dikehendaki menghantar 10 orang wakil ke jamuan tersebut
bayaran RM 50.00 ringgit sekepala.

3. Persidangan Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan 2010

Tempat : Akademi Kenegaraan, Biro Tatanegara, Jalan Bilami, Kuala Lumpur

Tarikh : 27 - 30 September

MGC Johor telah diberikan tugas sebagai Ahli Jawatan Kuasa Publisiti dan Sijil dan mengadakan pameran aktiviti Majllis Guru Cemerlang Negeri Johor.

Setiap pengerusi daerah dikehendaki menghantar laporan aktiviti daerah masing-masing berserta dengan gambar photo untuk dijadikan sebagai bahan pameran. selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2010 kepada En. Suresh Setiausha MGC Johor.

PENAFIAN

PENAFIAN: Pihak MGCM Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGCM JOHOR

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCM JOHOR

© Copyright 2010, All Rights Reserved

  • Bicara MGCJ

    Lawatan IAB

    Lawatan ke Kedah 2009.

    Followers