MGCN JOHOR

Salam,


Peluang keemasan untuk semua Guru Cemerlang untuk menyumbang hasil karya kepada buku MGCM 2010. Kekurangan 22 cerpen dan 22 rencana P & P berkesan . Hantar sebelum 15 Mei Mei kepada bukumgcm2010@yahoo.com. sumber En. Azizul Rahman Penasihat MGC Negeri Johor. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk bersama-sama menyumbang karya dan penulisan kita

Salam,
Seringkali kita tertanya-tanya apakah kualiti yang perlu ada untuk menjadi seorang guru. Mungkin pada pandangan sesetengah orang mudah kerjaya seorang guru adalah amat mudah dan boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Namun begitu untuk menjadi seorang guru yang baik dan hebat sebenarnya memerlukan beberapa elemen yang perlu wujud secara semula jadi ataupun ianya boleh dipelajari baik melalui buku-buku ilmiah mahupun melalui pengalaman guru itu sendiri. Secara umumnya kualiti-kualiti ini perlu ada pada individu yang menjadi guru ataupun ingin menjadi seorang guru. Mudah-mudahan ianya akan membantu kita menjadi seorang guru yang hebat .

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi. Sekian terima kasih.


sumber http://www.cikgublog.com

Kuasa Minda

Adakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Sumber :http://www.isuhangat.net

Salam,
Renungkanlah petua-petua kejayaan dalam hidup kita- Insyaalah.

Seringkali kita tercari-cari apa ciri-ciri yang perlu ada dalam keperibadian individu yang berjaya dalam hidupnya. Mudah-mudahan apa yang dipaparkan di sini dapat sedikti sebanyak membantu kecemerlangan hidup kita.

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kita
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali


Sumber : isuhangat.blogspot.com

22 APRIL 2010

8.00 - 9.00 PG : PENDAFTARAN & SARAPAN

9.00 - 9.45 PG : UCAPAN KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH JPNJ

9.45 - 10.30 PG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 1

10.30 - 11.30 PG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 2

11.30 - 12.30 PG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 3

12.30 - 2.30 PTG : 'CHECK-IN', MAKAN & SOLAT

2.30 - 4.30 PTG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 4

4.30 - 5.00 PTG : SESI BERGAMBAR

8.30 - 9.30 MLM : PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN SR & SM

9.30 - 10.30 MLM : MESYUARAT AGUNG MGCN


23 APRIL 2010

7.00 - 8.00 PG : SARAPAN PAGI

8.00 - 9.00 PG : PERKONGSIAN ILMU 1

9.00 - 10.00 PG : PERKONGSIAN ILMU 2

10.00 - 11.00 PG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 7

11.00 - 12.00 TGH : UCAP UTAMA & PERASMIAN PENUTUP - TN PENGARAH

BERSURAI


CATATAN : UNTUK SESI BERGAMBAR, PESERTA DIGALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN BATIK SERAGAM MENGIKUT DAERAH MASING-MASING. PARA PESERTA JUGA DIGALAKKAN MEMAKAI BLAZER.

MAKLUMAN AWAL

PERSIDANGAN YANG TERSEBUT AKAN DIJALANKAN PADA

TARIKH : 22 - 23 APRIL 2010

HARI : KHAMIS - JUMAAT

MASA : 8.00 PAGI KHAMIS (PENDAFTARAN)

TEMPAT : DEWAN SUASANA, HOTEL SELESA PASIR GUDANG

BAYARAN : RM120 (PERUNTUKAN DARIPADA JABATAN TIDAK DAPAT DIPEROLEH ATAS

DASAR BERJIMAT-CERMAT YANG SEDANG DILAKSANAKAN SEKARANG)


SETIAP DAERAH DIMINTA MENGHANTAR 10 ORANG WAKIL YANG TERDIRI DARIPADA GURU-GURU DARI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. ATURCARA PROGRAM KITA BOLEH DIKATAKAN AGAK PADAT, OLEH ITU DIHARAPKAN SEMUA PESERTA PERSIDANGAN DAPAT MEMANFAATKAN SETIAP INPUT YANG TELAH DIATURKAN. SELAMAT DATANG DAN BERSUA KEMBALI DI PERSIDANGAN NANTI.

PENAFIAN

PENAFIAN: Pihak MGCM Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGCM JOHOR

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCM JOHOR

© Copyright 2010, All Rights Reserved

  • Bicara MGCJ

    Lawatan IAB

    Lawatan ke Kedah 2009.

    Followers