MGCN JOHOR



WARKAH AYAHANDA PENGARAH PELAJARAN JOHOR KEPADA SEMUA CALON UPSR NEGERI JOHOR TAHUN 2010
August 21st, 2010 | 93 views | 11 Comments
Anakanda,
Ke hadapan anakanda calon-calon UPSR 2010 negeri Johor yang dikasihi. Ayahanda doakan agar anakanda sekalian dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 21 hingga 23 September 2010 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yang penting ini.
Dengan kehadiran warkah ini, ayahanda berharap agar dapat menjadi pengganti diri ayahanda dan sesungguhnya anakanda tidak bersendirian dalam menghadapi saat-saat penting dalam kehidupan anakanda. Warkah ini juga umpama harapan dan kasih sayang yang tulus dari ayahanda yang terlalu ingin melihat anakanda beroleh kejayaan yang cemerlang dalam hidup anakanda. Kegembiraan dan kecemerlangan anakanda adalah kepuasan dan kejayaan ayahanda jua.
Anakanda yang dikasihi,
Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, tiada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah. Walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh dicapai. Anggaplah kesusahan semasa berusaha untuk cemerlang adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari nanti. Sifat putus asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh dari diri anakanda.
Seperkara yang ayahanda ingin berkongsi ialah jangan malu untuk bertanya. Seperti kata pepatah melayu “Malu Bertanya Sesat Jalan” Tanyalah apa jua kemusykilan pada yang mahir. Di sekolah umpamanya kita mempunyai guru-guru yang cemerlang, kaunselor – kaunselor yang gemilang dan guru – guru pakar yang terbilang. Bertanyalah pada mereka semua. Semua persoalan akan terungkai . Bayangkanlah sekiranya anakanda rajin bertanya pada mereka, anakanda akan menjadi pelajar luarbiasa dan cemerlang.
Anakanda yang dikasihi,
Ayahanda tahu bahawa masa kini semakin suntuk, ketika warkah ini dibaca, ayahanda rasa hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi peperiksaan UPSR akan berlangsung. Anakanda harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Cuba dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Mohonlah kemaafan dan doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan anakanda. Sebelum ayahanda mengundur diri, sekali lagi ayahanda nasihatkan agar anakanda menjaga kesihatan dan bersenamlah selalu agar badan sihat dan cergas. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana “Masa Itu Emas”. Rajinlah mengulangkaji dan ketahuilah subjek atau topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya.
Akhirkata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa dan guru anakanda. Sekali lagi kita capai “Johor Top 5” tahun ini. Selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya dengan cemerlang.
Daripada Ayahanda
(HAJI SUFA’AT BIN TUMIN)
Pengarah Pelajaran Johor
17 Ogos 2010





Transformasi Kurikulum Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara

Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan.

Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.

Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi itu dilaksanakan dengan mengambil kira enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik.

Transformasi pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan modal insan yang berpengatahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

Sumber : http://www.cikgublog.com/






Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

1.Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.

2.Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.

3.Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

4.Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.

5.Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

1.Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

2.Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.

3.Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seimbang dengan perbelanjaan harian.

4.Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.

5.Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.

6.Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.

6 Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni.

6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.
Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi. Sekian terima kasih.





Mesyuarat Pengurusan MGC Johor kali ke - 4 2010 & Mesyuarat Persediaan Persidangan MGC Kebangsaan 2010

Tempat : SM Sains Johor
Tarikh : 5 Ogos 2010
Masa : 8.00 pagi- 5.00 petang
Kehadiran : semua pengerusi, setiausaha dan bendahari daerah .

Salam,
Kepada semua rakan-rakan Guru Cemerlang Johor, Hasil dari keputusan mesyuarat adalah dimaklumkan bahawa :

1.Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri Johor akan di adakan mengikut ketetapan berikut :-

Tarikh : 7 Ogos 2010
Tempat : SM Sains Johor
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tentatif program

JADUAL TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.30 - 8.15 pagi Pendaftaran

Sarapan pagi

8.15 – 8.30 pagi Taklimat Program/pengundian

8.30 – 10.00 pagi Pembentangan Laporan Kajian Tindakan

(Sesi pertama)

10.00 – 10.30 pagi REHAT

10.30 – 1.00 t/hari Pembentangan Laporan Kajian Tindakan

(Sesi kedua)

1.000 t/hari- 2.00 petang REHAT

2.00 – 4.30 petang (Sesi ke tiga)

4.30 - 530 petang

- Ucapan Aluan Pengerusi MGC Johor

Pn. Norizah bte Rahmat

- Ucapan Penutupan Rasmi

- Tn. Pengarah Pelajaran Johor/Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Penyampaian Sijil dan Cenderamata

Sesi fotografi

5.30 petang Bersurai


Setiap daerah dikehendaki menghantar seorang peserta bagi setiap bahagian :

1. Sekolah Menengah
2. Sekolah Rendah

Masa pembentangan kajian tindakan 20 minit. 15 minit untuk pembentangan dan 5 minit untuk soal jawab.

2. Jamuan Perdana Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor

Tarikh : 9 Oktober 2010
Tempat : Hotel Prime City Kluang
Masa : 1.00 tengahari

setiap daerah dikehendaki menghantar 10 orang wakil ke jamuan tersebut
bayaran RM 50.00 ringgit sekepala.

3. Persidangan Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan 2010

Tempat : Akademi Kenegaraan, Biro Tatanegara, Jalan Bilami, Kuala Lumpur

Tarikh : 27 - 30 September

MGC Johor telah diberikan tugas sebagai Ahli Jawatan Kuasa Publisiti dan Sijil dan mengadakan pameran aktiviti Majllis Guru Cemerlang Negeri Johor.

Setiap pengerusi daerah dikehendaki menghantar laporan aktiviti daerah masing-masing berserta dengan gambar photo untuk dijadikan sebagai bahan pameran. selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2010 kepada En. Suresh Setiausha MGC Johor.

Alhamdulillah jika kita dipanjangkan umur, kita akan menemui Ramadhan lagi iaitu pada hari Rabu ini 11 Ogos 2010. Sempena Ramadhan yang akan menjelang ini, admin isuhangat ingin meminta maaf zahir dan batin jika ada entri-entri di blog ini yang pernah menyentuh perasaan anda. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua

Marilah kita sama-sama berazam untuk meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan tahun semoga semakin bertambah baik dari Ramadhan kita pada tahun-tahun lepas. Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita..

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (solat Tarawih, tadarus Al Quran dll)


Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Perasaan tidak sabar untuk menanti Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV dan melayari internet yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
47) Solat Witir

“Sebarkanlah artikel ini semoga Kita sama mendapat manfaat daripadanya”.

Wallahualam. Posted @ www.isuhangat.net


Salam,

Kepada rakan-rakan Guru Cemerlang Muslim seluruh negeri Johor. Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor mengucapkan selamat menjalani ibadai puasa yang akan menjelang tak beberapa lama lagi. Sesungguhnya berpuasa akan mendidik kita untuk lebih tabah, sabar, gigih dan sentiasa bersyukur di atas kejayaan dan nikmat hidup yang telah kita kecapi. Alhamdulilah.

PENAFIAN

PENAFIAN: Pihak MGCM Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGCM JOHOR

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCM JOHOR

© Copyright 2010, All Rights Reserved

  • Bicara MGCJ

    Lawatan IAB

    Lawatan ke Kedah 2009.

    Followers