MGCN JOHOR


Salam,


INOVASI PEMANGKIN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN


Makluman untuk semua Ahli MGC Negeri Johor Pertandingan Kajian Tindakan Peringkat Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor akan diadakan mengikut ketetapan berikut:


Tarikh : 3 Mac 2011

Hari : Khamis

Masa : 7.45-4.30 petang

Tempat : Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor

Setiap daerah akan diwakili oleh dua orang peserta

untuk kategori sekolah rendah dan sekolah menengah,

Setiap peserta dikehendaki membawa empat salinan kajian tindakan masing-masing semasa pertandingan . Sila emailkan kajian tindakan tuan/puan kepada En. Ismail bin Yon dengan email mlyn02@yahoo.com dengan segera untuk rujukan para hakim pertandingan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Cikgu Ismail bin Yon 019-7294098







Salam,

Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor kali pertama 2011 telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Johor . Pada 17 Febuari 2011. Masa 9.00 pagi hingga 2.30 petang Mesyuarat telah dihadiri oleh En. Muhamad Khair Mohaidin (Sektor Pengurusan Akademik) Jabatan Pelajaran Negeri Johor, En. Norazrin bin Amir Hamzah ( Jem aah Nazir dan Jaminan Kualiti) Negeri Johor. Pn. Norizah bt. Rahmat YDP MGCJ dan semua AJK Tertingi MGCJ . Beberpa program telah dirancang dalam masa yang terdekat ini antaranya.

1.Pertandingan Kajian Tindakan MGC Negeri Johor

Tarikh : 3 Mac 2011
Tempat : Sekolah Menengah Sains Johor
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang

1. Dua kategori dipertandingkan

a. Kategori Sekolah Menengah
b. Kategori Sekolah Rendah

2. Setiap daerah dikehendaki menghantar dua orang peserta ke pertandingan tersebut. Setiap peserta dikehendaki emailkan Kajian tindakan tuan/puan kepada En. Ismail bin Yon (mlyn02@yahoo.com) Pengerusi MGC daerah Kluang untuk tindakan lanjut.Dapatkan makluman selanjutnya dari pengerusi daerah masing-masing.



2. Perjumpaan Blogger MGC Negeri Johor 201 1

Tempat : Pusat Latihan Perguruan Bandar Tengara
Tarikh : 26 hingga 27 Mac 2011
Pendaftaran : 2.00 petang

1. Setiap daerah dikehendaki menghantar dua orang peserta ( Setiausaha dan Penolong Setiausaha)

2. Bayaran RM 50.00 untuk setiap peserta.

Objektif Program

1. Menyelaras dan berkongsi maklumat untuk blog MGCJ
2. Meningkatkan pengetahuan blogger
3.Meningkatkan peranan Blog dalam pengajaran dan pembelajaran guru murid.
4. Melatih blogger baru .

3. Pihak Majlis Guru Cemerlang juga telah bersetuju untuk menjadi agen penyebar bagi program "Lesson Study" yang akan diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor kepada semua guru-guru dalam usaha untuk mepertingkatkan k eberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Satu kursus akan diberikan kepada Guru Cemerlang yang terpilih sebagai moderator untuk menjayakan program ini.


4. Semua guru cemerlang sila dapatkan Buku Harian Rasmi dan buku terbitan Majlis Guru Cemerlang Malaysia 2011 dari Pengerusi/ setiausaha daerah Masing-masing . Stok terhad siapa dulu dia dapat.


Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua Guru Cemerlang yang beragama Buddha. Semoga tahun Arnab ini akan membawa kepada kesempurnaan kesihatan, keuntungan, kejayaan dan kebahagiaan yang berpanjangan sepanjangan tahun ini, Selamat Tahun Baru China.

Salam,

Mitchell Ditkoff, Pengarah dari Idea Champions, menjelaskan tentang kualiti dari seorang inovator, dengan ciri-ciri sebagai berikut:

1. Challenges status quo; tidak merasa cepat puas dengan keadaan yang ada dan selalu mempersoalkan kuasa dan rutin serta mengkonfrontasikan andaian-andaian yang ada.

2. Curious; senantiasa mengeksplorasi lingkungannya dan menyiasat kemungkinan-kemungkinan baru, memiliki rasa kekaguman (sense of awe)

3. Self-motivated; menanggapi keperluan dari dalam (inner needs) senantiasa secara proaktif memulakan projek-projek baru, menghargai setiap usaha.

4. Visionary; memiliki imaginasi yang tinggi dan memiliki pandangan yang jauh ke hadapan.

5. Entertains the fantastic; memunculkan idea-idae “gila”, memandang sesuatu yang tidak mungkin menjadi sebuah kemungkinan, mengimpikan dan mengkhayalkan sesuatu yang besar-besar.

6. Takes risks; melampaui zon selesa, berani mencuba dan menanggung kegagalan.

7. Peripatetic; merubah persekitaran kerja sesuai dengan keperluan, senang melakukan perjalanan (travelling) untuk memperoleh inspirasi atau pemikiran segar.

8. Playful/humorous; memiliki minat terhadap hal-hal yang aneh dan mengagumkan, berani tampil dalam keadaan berbeza, bertindak nekad, serta mudah dan sering tertawa layaknya seorang anak kecil.

9. Self-accepting; dapat mempertahankan idea-ideanya dan menganggap “kesempurnaan sebagai musuh kebaikan”, tidak terikat dengan apa-apa yang dipandang baik menurut orang lain.

10. Flexible/adaptive –terbuka bagi setiap perubahan, mampu melakukan penyesuaian terhadap rencana-rencana yang telah dibuat, menyajikan berbagai solusi dan gagasan

11. Makes new connections; mampu melihat hubungan-hubungan diantara unsur-unsur yang terputus, mensintisiskan dan mengkombinasikannya.

12. Reflective, menyerap setiap masalah dan tentangan, mencari dan merenungkan berbagai pertimbangan dalam mengambil keputusan.

13. Recognizes (and re-cognizes) patterns; perseptif terhadap sesuatu dan dapat membezakannnya, dapat melihat kecenderungan dan prinsip serta mampu mengorganisasikannnya, dapat melihat ”the Big Picture.”

14. Tolerates ambiguity, merasa tenang dalam situasi kelam kabut (chaos), dapat menyediakan situasi paradoks, tidak tergesa-gesa membenarkan terhadap suatu idea yang muncul.

15. Committed to learning; berusaha mencari pengetahuan secara terus menerus, mensintisiskan segala input, menyeimbangkan setiap informasi yang terkumpul dan menyelaraskan setiap tindakan.

16. Balances intuition and analysis; memilih dan menilai diantara pemikiran mencapah dan pemikiran menumpu, memiliki intuisi tertentu sebelum melakukan analisis, meyakini apa yang sudah dianalisis dan menggunakannya secara hati-hati dengan menggunakan akal.

17. Situationally collaborative; berusaha menyeimbangkan pemikiran dari setiap individu dan mencari penyokong organisasi.

18. Formally articulate; mengkomunikasikan setiap gagasan secara efektif, menterjemahkan konsep abstrak ke dalam bahasa penuh erti, menciptakan prototaip atau model yang dianggap paling mudah

19. Resilient; merefleksi hal-hal dianggap mengecewakan atau yang tidak dinginkan, belajar dengan cepat dari maklumbalas, berkemahuan untuk mencuba dan terus mencuba lagi

20. Persevering; bekerja keras dan tekun, memperjuangkan gagasan-gagasan baru dengan gigih, memiliki komitmen terhadap hasil-hasil yang telah digariskan.


Sumber: http://thinksmart.com/articles/qualities.html

Refleksi buat Anda:
Berapa ciri-ciri di atas yang sudah Anda miliki?

PENAFIAN

PENAFIAN: Pihak MGCM Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGCM JOHOR

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCM JOHOR

© Copyright 2010, All Rights Reserved

  • Bicara MGCJ

    Lawatan IAB

    Lawatan ke Kedah 2009.

    Followers