MGCN JOHOR

Salam,
Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2011, didoakan semoga berjaya dengan cemerlang dan mendapat keputusan yang terbaik selaras dengan usaha gigih yang telah dilaksanakan dengan bimbingan guru-guru. Insyaalah akan berjaya. Di turunkan beberapa tips persediaan menghadapi peperiksaan. semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu mengurus kejayaan.


1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

 ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR
 
Salam,
Buat semua Guru Cemerlang Daerah Kluang satu mesyuarat mengenai Anugerah Inovasi   pembelajaran dan pengajaran  Negeri Johor telah diadakan oleh Sektor Pengurusan Akademik JPNJ bersama dengan Ketua Unit Sektor Akademik PPD Johor dan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor yang diwakili oleh YDP MGC daerah masing-masing telah diadakan di: SMK. Seri Lalang Kluang pada 28 April  2011.

Melalui  mesyuarat tersebut Majlis Guru Cemerlang telah diberikan taklimat mengenai Anugerah Inovasi   yang berfokuskan kepada inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran .Apa yang pasti semua Guru Cemerlang daerah Kluang diwajibkan menghantarkan satu inovasi kepada YDP daerah masing-masing selewat-lewatnya 18 Mei  2011. Maklumat lanjutdan tatacara penyediaan dokumen inovasi  akan diterangkan dengan lebih lanjut semasa perjumpaan profesionalisme kita nanti.Boleh juga merujuk posting terdahulu mengenai anugerah ini. terima kasih.,

Salam,

Majlis Persaraan Tn.Hj Markom Giran  di Hotel Grand Pragon Johor Baharu
Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor , mengucapkan Selamat Bersara kepada Tn. Hj. Markom bin Giran, Mantan Pengarah Pelajaran Johor semoga segala jasa dan bakti Tuan di dalam bidang pendidikan  khususnya di Negeri Johor akan sentiasa dikenang. Kami juga mendoakan semoga tuan diberikan kesempurnaan kesihatan dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Selamat Bersara tuan.

Salam,

Kepada semua Guru Cemerlang Negeri Johor.

Sila hantar borang maklumat data ini kepada:En. Suresh a/l Ramasamy di alam SMK Taman Universiti 2,Jalan Kebangsaan 25,Taman Universiti 81300 Skudai,Johor. dengan kadar segera.

Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor

Salam,

Kepada semua Guru Cemerlang Negeri Sila lengkapkan Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor dan hantarkan kepada Yang Dipertua Daerah masing-masing dengan kadar segera.


DATA GURU CEMERLANG NEGERI JOHOR
MAKLUMAT PERIBADI
NAMA PENUH
:
NO. KP BARU
:
TARIKH LAHIR
:
KETURUNAN
:
ALAMAT RUMAH
:
BANDAR
:
POSKOD
:
NEGERI
:
ALAMAT EMEL
:
NO. H.P
:
MAKLUMAT SEKOLAH / INSTITUSI
NAMA SEKOLAH / INSTITUSI
:
MATA PELAJARAN KEPAKARAN
:
NO. TEL
:
NO. FAKS
:
ALAMAT
:
BANDAR
:
POSKOD
:
NEGERI
:
GRED GC
:
STATUS
AKTIF / PINDAH / BERSARA / MENINGGAL DUNIA
KELULUSAN AKADEMIK
KELULUSAN SPM / STPM
:
TAHUN
:
SIJIL PERGURUAN
:
TAHUN
:
DIPLOMA PENDIDIKAN
:
TAHUN
:
SARJANA MUDA
:
TAHUN
:
SARJANA
:
TAHUN
:
PhD
:
TAHUN
:
JAWATAN
JAWATAN DALAM MGC
:
PERINGKAT
: DAERAH / NEGERI / KEBANGSAAN
NO. FAIL PERKHIDMATAN
:
TARIKH ISYTIHAR HARTA
:
TARIKH LANTIKAN
TARIKH LANTIK
DGA29
:
TARIKH SAH
DGA29
:
TARIKH
MEMANGKU DGA32
:
TARIKH NAIK
PANGKAT DGA32
:
TARIKH
MEMANGKU DGA34
:
TARIKH NAIK
PANGKAT DGA34
:
TARIKH
MEMANGKU DGA38
:
TARIKH NAIK
PANGKAT DGA38
:
TARIKH LANTIK
DG41
:
TARIKH SAH
DG41
:
TARIKH
MEMANGKU DG44
:
TARIKH NAIK PANGKAT DG44
:
TARIKH
MEMANGKU DG48
:
TARIKH NAIK PANGKAT DG48
:
TARIKH
MEMANGKU DG52
:
TARIKH NAIK PANGKAT DG52
:
TARIKH
MEMANGKU DG54
:
TARIKH NAIK PANGKAT DG54
:
TARIKH
MEMANGKU JUSA C
:
TARIKH NAIK PANGKAT JUSA C
:
TARIKH PENCEN
:









Disahkan oleh,
……………………………………………… ……………………………………….
( ) ( )
Guru Cemerlang Pengetua / Guru Besar
* semua maklumat hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer.
* borang ini boleh didapati di laman blog http://mgcjohor2010.blogspot.com/
Sila muat turun borang tersebut dipautan ini.

PENAFIAN

PENAFIAN: Pihak MGCM Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGCM JOHOR

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCM JOHOR

© Copyright 2010, All Rights Reserved

  • Bicara MGCJ

    Lawatan IAB

    Lawatan ke Kedah 2009.

    Followers