NKRA
Membudayakan pemikiran di luar kotak kebiasaan
Salam.
Buat rakan-rakan guru, selamat bercuti semoga cuti sekolah yang sedang kita tempuhi dapat memberikan kelegaan kepada kita golongan guru yang acap kali dibelenggu tugas di dalam bilik darjah mahupun diluar yang tidak pernah selesai. apatah lagi dengan musim peperiksaan yang semakin menghampiri kita.
Seringkali kita mendengar orang berkata berfikirlah diluar kotak pemikiran, berfikirlah secara luar biasa untuk mendapatkan keputusan yang luar biasa. memang mudah untuk membicarakan perkataan seperti itu tetapi untuk diadaptasikan dalam kehidupan merupakan perkara yang kedua. Agak sukar untuk kita menukar kebiasaan contohnya suka mendahulukan alasan untuk menyelamatkan dari dari sebarang permasalahan yang kita hadapi, suka untuk mengikut kebiasaan harian kita atau dengan perkataan lain mengikut arus dengan alasan orang lama buat macam tu kita ikut sahajalah. Lebih mudah untuk melaksanakan benda atau sesuatu perkara yang telah ada dari mencipta situasi baru, idea baru dan langkah-langkah baru untuk berdepan dengan apa-apa cabaran dan masalah.
Saya amat tertarik dengan pandangan mentor saya yang menyatakan kita harus melihat sesuatu masalah itu dari sudut yang terbuka dan lebih luas, bukan berpaksikan pandangan peribadi dan keperluan kelompok , menyediakan pelan atau rancangan untuk mengatasi masalah secara terancang dan mengurangkan impak-impak negatif sesuatu permasalah tersebut. Sesungguhnya kita harus kerap merangsang daya minda untuk berfikir dan merancang sesuatu yang baru, bukan kebiasaan, melawan arus sejagat untuk menghasilkan sesuatu yang baru. nafas baru mahupun idea-idea baru untuk mengerakkan diri dan persekitaran kita lebih aktif dan pro aktif.
Seringkali juga kita diberikan tugasan oleh pihak atasan yang menyebabkan kita buntu dan bingung untuk bertindak, terkadang kala proses pemikiran yang terlalu lama menyebabkan ianya tak bergerak langsung. atau dalam ertikata biasa perlu di"push". baru bergerak. Langkah yang berani untuk memulakan dengan membuat guide line, berbincang, berkhayal dan meminta nasihat adalah amat perlu dalam proses mengakses minda kita supaya berfikir, mengaktifkan saraf otak untuk melanggar kebiasaanya, Proses pemikiran secara gerak cepat harus dirangsang untuk melahirkan individu yang kreatif dan pemimpin yang inovatif. Sikap bersyukur dan mengalah pada nasib dan situasi harus dikikis secara terus-terusan.
Pengalaman yang dilalui menjadikan kita yakin untuk menghadapi segala rintangan dan cubaan kerana pastinya yang datang pasti hadir dan kita tak mampu untuk mengelaknya, harus berani menghadapinya dan menjadi tanggungjawab kita bagaimana untuk menanganinya dengan berkesan. Menjadi seorang guru perlukan fokus yang tinggi , kekuatan semangat yang jitu. terkadang kala, tekanan pesekitaran tempat kerja yang tak kondusif, "happy" bersama dan beban-beban kerja yang pelbagai ditambahi dengan melayani kerenah anak murid mampu menyebabkan kemurungan, kegelisahan, mati semangat dan kepenatan berterusan. Dalam ertikata lain pendek umur lah jawabnya.
Jesteru itu pemikiran yang mampan dan cepat amat diperlukan bagi kita menghadapi segala cabaran sebagai seorang guru, ianya boleh diasah dan dipertajamkan melalui pengaktifan daya fikir yang luarbiasa ini. Pastinya ianya bermula dari diri kita sendiri melalui langkah pertama berfikir kehadapan dan cuba merancang penyelesaian melalui idea-idea yang hadir semasa proses mental itu berjalan. Namun begitu jangan di lupa untuk mengambil kira persekitaran dan situasi sebenar untuk memastikan perubahan itu dapat diterima oleh kebanyakan rakan sejawatan. Bimbang seperti kata mentor saya En. Yew Kok Leh, Pemimpin Syok Sendiri.
Berfikir dari luar kotak
Apa itu thinking out of the box atau dalam bahasa Melayunya berfikir di luar kotak? Ia ialah satu pemikiran yang lain dari yang lain dari yang sepatutnya biasa orang fikir. Semasa kita menghadapi sesuatu masalah kita jangan terlampau gopoh untuk menyelesaikannya melainkan kita sudah membuat perancangan yang teliti dan dengan berfikiran di luar kotak dapat menjimatkan kos dan tenaga sehingga berjuta-juta seperti 2 kes di bawah ini.
Kes 1
Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)
Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.
Tetapi apa yang Russia lakukan?
Mereka menggunakan sebatang PENSIL!
Kes 2
Kisang di kilang kosmetik yang besar di Jepun kerana masalah yang mereka hadapi kerana terdapat kotak sabun yang kosong, tercicir dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong.
Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan merekameminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.
Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.
Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.
Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!
Moral cerita: Selalu mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!
PENAFIAN
PENAFIAN: Pihak MGCM Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGCM JOHOR
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")
Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCM JOHOR
© Copyright 2010, All Rights Reserved
Post a Comment