‘Market’ atau pasar merupakan satu tempat jual-beli secara terbuka. Pelbagai barangan jualan dipamerkan dan jurujual masing-masing mengiklankan barangan mereka untuk menarik pelanggan yang mempunyai kebebasan untuk memilih dan membeli barangan yang mereka hendak atau perlu. (Ada perbezaan antara hendak dan perlu. Terdapat 4 situasi : hendak tetapi tak perlu; hendak dan perlu; tak hendak tetapi perlu; tak hendak dan tak perlu). Siapa yang paling pandai menarik hati pelanggan akan berjaya dalam perniagaan. Begitu juga tentang ‘Idea Market’, cuma di sini, yang dijual ialah idea, bukan barangan. Seperti jurujual barangan di pasar, jurujual idea perlu mengiklankan produk mereka dengan cara yang menarik dan mempengaruhi pelanggan supaya rasa perlu dan hendak beli.
Sesi pembentangan ‘Idea Market’ merupakan satu pletfom perkongsian idea dan inovasi yang amat sesuai kerana pembentang tidak terikat kepada sesuatu format yang terlalu rigid. Saya memberi satu analogi untuk menjelaskan maksud saya. Katakan seorang bernama Idear yang tahu jalan yang paling dekat ke sebuah kedai. Beliau ingin menerangkan kepada seorang rakan bernama Mark bagaimana hendak pergi ke kedai itu dengan menggunakan bahasa yang Idear biasa. Tetapi, Mark mewajibkan Idear untuk mengguakan Bahasa Jerman, satu bahasa yang Idear tidak biasa, untuk menerangkan bagaimana pergi ke kedai itu. Walau pun perkara yang utama ialah untuk pergi ke kedai itu, kekangan bahasa itu telah menyebabkan objektif itu tidak tercapai. Yang paling penting dalam ‘Idea market’, ialah perkongsian sesuatu idea atau inovasi. Kalau idea tersebut wajibkan dibentangkan dalam format yang tetap, katakan sebagai contoh, dalam bentuk kajian tindakan, terdapat kekangan tambahan dalam untuk mengkomunikasi idea itu, melainkan, idea itu memang pada asalnya ialah hasil satu kajian tindakan. Pembentangan mengikut format yang sesuai dengan idea/inovasi sama ada melalui perkongsian ‘success story’, amalan terbaik (best practices), cerita guru (teacher’s story), inovasi nilai (‘Blue Ocean Strategy’), pengurusan strategik dan lain-lain harus digalakkan untuk mencungkilkan idea-idea untuk dikongsi sama.
Walau bagaimana pun, format bebas tidak bermaksud tanpa format, atau pun, terlalu bebas di mana sebarang perkara boleh dibentangkan. Oleh itu pembentangan ‘idea market’ harus disemak, dinilai dan dicabar oleh panel ‘moderator’ (sedikit macam konsep penghakiman dalam ‘American Idol’.) Peranan moderator adalah untuk mendapat penjelasan tentang isu terlibat dan ketepatan idea atau inovasi yang dilakukan untuk menangangi isu tersebut dan impak inovasi itu.
Sedikit Berkenaan Inovasi
Mengikut Wikipedia, ‘Innovation is a change in the thought process for doing something, or the useful application of new inventions or discoveries. It may refer to an incremental emergent or radical and revolutionary changes in thinking, products, processes, or organisations.....something new must be substantially different to be innovative. In economics the change must increase value, customer value, or producer value. The goal of innovation is positive change, to make someone or something better. Innovation leading to increased productivity is the fundamental source of increasing wealth in an economy.’
Mengikut takrifan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) yang memainkan peranan sebagai Urusetia bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam, inovasi merangkumi
memperkenalkan idea baru dalam aspek kerja untuk hasilkan perkhidmatan berkualiti.
perubahan yang boleh dalam bentuk pengenalan teknologi baru, perubahan prosedur yang boleh jimatkan tenaga, masa dan kos, dan dengan itu meningkatkan penghasilan kerja.
pengurangan kos operasi
penjimatan masa
peningkatan hasil kerja
peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan
Format Pelaksanaan ‘Idea Market’
Walau pun sesi ‘Idea Market’ boleh dilaksanakan mengikut pelbagai cara mengikut kesesuaian situasi dan peserta, saya ingin mencadangkan satu cara yang lebih mudah diurus. Setiap pembentang sama ada secara individu atau berkumpulan diberi 15 minit untuk membentang idea masing-masing tanpa diganggu. Pembentang itu boleh menggunakan alatan / ABM / BBM, multimedia atau simulasi mengikut kesesuaian.
Selepas itu, para hadirin dan panel ‘moderator’ boleh kemukakan soalan kepada pembentang. ‘Moderator’ ada kuasa untuk mengawal soalan dan masa hadirin yang menanya untuk mengelakkan soalan-soalan yang tidak berkenaan dan membazir masa. Jumlah masa yang diperuntukkan ialah 5-10 minit. Perlu ada seorang untuk menjaga masa. Orang ini sama ada ditugaskan khas sebagai penjaga masa atau merupakan salah seorang ahli panel ‘moderator’. Ketua panel ‘moderator’ perlu kawal masa dengan tepat, termasuk memberhentikan pembentangan apabila masa sudah tamat. Seorang pembentang akan diberitahu apabila masa pembentangan beliau hanya tinggal 5 minit sahaja.
Untuk memudahkan pembentang dan panel ‘moderator’, kandungan yang dibentang dan dinilai perlu mengandungi yang berikut seperti (rujukan : MAMPU):
Isu : Permasalahan dan kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan
Idea : Inovasi yang telah dilaksanakan; dan
Impak : Faedah-faedah dari inovasi yang telah dilaksanakan
Salam, Ketika melayari internet saya terjumpa 10 kisah orang bodoh yang berjaya,mudah- mudahan kisah hidup tokoh - tokoh ini akan menjadi inspirasi kita dalam mendidik pelajar-pelajar kita. Sesungguhnya kejayaan adalah milik orang yang rajin berusaha dan sentiasa berfikir diluar kotak pemikiran. Apa yang penting tak semestinya pelajar yang lemah dalam akademik akan gagal dalam hidup. Inilah contoh teladan yang nyata untuk memberikan inspirasi kepada anak-anak murid kita yang lemah dalam pelajaran. Usaha yang berganda adalah pemangkin kecemerlangan individu. 10 kisah orang-orang yg gagal/pahit terlebih dahulu dan akhirnya berjaya dengan luarbiasa sebagai motivasi kepada kita semua.
1. Albert Einstein
Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka dia adalah semasa kanak-kanak, beliau ialah terlambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.
2. Abraham Lincoln
Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal.
Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.
3.Bill Gates
William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy
4. Adam Khoo
Dia orang Singapura. Waktu kecil, ia adalah penggemar games yang ekstrem dan TV. Sehari, ia boleh duduk berjam-jam di depan TV. Baik main PS atau menonton TV.
Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak bodoh. Ketika darjah empat , Ia dikeluarkan dari sekolah. Ia pun dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika dia akan masuk Sekolah Menengah, ia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, ia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru karena cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan.
Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta.
Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam.
5. Aristotle Onassis:
Di sekolah, ia bodoh dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata:
Teman-teman sekelas memuja dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.
Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.
6. Thomas Alva Edison:
Suatu hari, seorang anak kecil berusia 5 tahun, agak pekak dan bodoh di sekolah, pulang ke rumahnya membawa sehelai kertas dari gurunya. ibunya membaca kertas tersebut,
Tommy, anak ibu, sangat bodoh. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah.
Ibunya terhenyak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad yang teguh, ” anak saya Tommy, bukan anak bodoh. saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia.”
Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang, salah satu saintis terbesar di dunia. dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fizik agak lembab, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.
Siapa yang sebelumnya menyangka bahawa kanak-kanak tuli yang bodoh sampai-sampai diminta keluar dari sekolah, akhirnya bisa menjadi seorang genius? jawabannya adalah ibunya! Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.
7. Chris Gardner
Sudah pernah menonton film atau baca buku Pursuit of Happyness ? Itulah kisah benar kehidupan Christoper Paul Gardner yang dilakonkan oleh Will Smith. Pahit manisnya kehidupan sudah dirasakan olehnya. Kehilangan tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap polis, kesulitan membayar kredit, semuanya sudah dirasakan. Dia bukanlah orang berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang, Kini dia menjadi seorang jutawan yang sukses, motivator, entrepeneur dan filantropis. Sekarang dia mempunyai Gardner Rich & Co, sebuah perniagaan saham.
8.Ludwig Van Beethoven
Jika anda mengenal seorang wanita yang sedang hamil, yang telah mempunyai 8 anak, tiga diantaranya pekak, dua buta, satu mengalami gangguan mental dan wanita itu sendiri mengidap siplis, apakah anda akan menyarankannya untuk menggugurkan kandungannya? Jika anda menjawab ya, maka anda baru saja membunuh salah seorang termasyur dunia. Kerana anak yang dikandung oleh ibu tersebut adalah Ludwig Van Beethoven. Ketika Beethoven berumur di hujung dua puluhan, tanda-tanda pekaknya mulai tampak, tapi akhirnya ia menjadi ahli muzik yang terkenal dengan karya 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian penggesek biola yang menakjubkan, muzik vokal, muzik teater, dan banyak lagi.
9. Louis Braille:
Louis Braille mengalami kerosakan pada salah satu matanya ketika berusia 3 tahun. Waktu itu secara tidak sengaja dia menikam matanya sendiri dengan alat pembuat lubang dari perkakas kerja ayahnya. Kemudian mata yang satunya terkena sympathetic ophthalmia, kesan yang terjadi karena kerosakan mata yang lainnya. Kebutaan tidak membuatnya putus asa, ia menciptakan abjad Braille yang membantu orang buta membaca. Sekarang siapa yang tidak tahu abjad Braille?
10. Mark Zuckerberg: Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda dalam sejarah yang bermula dari keringatnya sendiri. Mark adalah seorang anak muda yang suka berhibur dengan internet. Dimulai dari sebuah laman penghubung mahasiswa Harvard, ternyata ramai yang menyukainya, dengan nekad ia mengikuti jejak seniornya, Bill Gates, pelajar buangan dari Harvard untuk mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook yang kita kenal sekarang. Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook 10 juta US$, tawaran dari viacom 750 juta dolar dan yang paling mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.
1.Bertanggung jawab pada diri sendiri. Tanggung jawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.
2.Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya. Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.
3.Dahulukan mana yang penting. Lakukanlah dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.
4. Anggap anda berada dalam "win-win situation". Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.
5. Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda. Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.
6. Cari penyelesaian yang lebih baik. Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor) kamu. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik. 7. Cabar diri sendiri secara berkesinambungan. Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang.
Semoga 7 langkah ini dapat membantu anda belajar secara efektif dan berjaya dalam pelajaran.
Adakah saya mengajar pada hari ini atau saya syok sendiri. Inilah bentuk soalan yang patut ditanya kepada diri anda setiap kali habis aktiviti P & P. Sebagai guru kita selalu membuat andaian yang kita telah mengajar, tetapi adakah murid kita belajar dengan cara kita mengajar. Inilah persoalan yang perlu direnung oleh seseorang guru. Bagi memastikan murid belajar, bersedia untuk belajar mesti berlaku dahulu. Jika anda terus mengajar tanpa mempedulikan kesediaan murid anda belajar, ternyata anda cuma mementingkan diri sendiri. Anda hanya pentingkan diri anda, bukan diri pelajar itu sedangkan klien andalah yang patut anda utamakan sebab sebagai klien mereka adalah raja dan sebagai klien mereka sentiasa betul.
Kebiasaan memberi apa yang kita mahu beri sahaja sebenarnya tidak betul. Pernahkah anda bertanya kepada murid-murid anda, apa yang mereka inginkan daripada anda. Lebih jelas lagi apa yang mereka inginkan pada hari itu? Jika murid hendak bermain pada hari itu, tetapi anda suruh dia belajar, dia tak kan belajar. Jika anda suruh dia belajar juga dia akan belajar sambil bermain. Jadi kita kenalah mengajar mereka sambil bermain.Atau lebih tepat lagi belajar dengan cara yang menghiburkan.
Ada dua perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan murid anda telah bersedia untuk belajar.Pertama, pastikan dia telah bersedia dengan topik yang akan diajar pada hari berikutnya.Caranya, pada hari sebelumnya anda sepatutnya sudah memberitahu murid-murid anda tentang topik yang akan diajar. Suruh mereka bersedia dengan topik tersebut. Kedua, anda mesti pastikan pelajar-pelajar menamatkan semua pergerakan atau aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembelajaran. Anda tidak patut memulakan pelajaran sedangkan dua tiga orang murid anda masih bercakap-cakap di belakang. Begitu juga anda tidak sepatutnya memulakan pelajaran jika “najis” masih belum dibuang. Najis itu adalah analogi bagi sampah yang terdapat di dalam kelas. Jika kita tidak boleh tahan dengan bau najis, mengapa sampah yang menjadi najis itu tidak disingkirkan terlebih dahulu.Anda mesti memastikan mereka duduk tenang, memandang ke hadapan dan siap sedia untuk belajar.Lebih baik lagi jika ketua kelas atau seseorang yang dilantik datang ke depan dan memberitahuanda dengan ungkapan “Tuan/Puan, kami sudah bersedia untuk menerima pelajaran!”
Majlis Perasmian Blog MGC Johor oleh Pengarah Pelajaran Johor Tarikh : 2 Julai 2010 Tempat : Hotel Selesa Paasir Gudang, Johor.
Salam, Alhamdulilah, syukur ke hadrat Illahi di atas kesudian Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Pengarah Pelajaran Johor melancarkan Blog MGC Johor, di majlis Perasmian Penutup Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor 2010. Jutaan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua Setiausaha dan Penolong Setiausaha Majlis Guru Cemerlang Daerah Negeri Johor kerana telah berjaya melengkapkan blog masing-masing. Sesuai dengan perkembangan semasa ICT memainkan peranan yang terkini dalam menyalurkan segala maklumat kepada semua pelayar internet. Jesteru itu, melalui blog ini penjungjung akan mendapatkan pelbagai maklumat dari setiap Majlis Guru Cemerlang Daerah Johor baik aktiviti semasa, pengetahuan, idea, bahan pengajaran dan pembelajaran, nota dan juga hebahan-hebahan yang boleh dikongsikan bersama. Mudah-mudahan dengan adanya blog ini akan meningkatkan keupayaan dan memberikan satu ruang untuk berkongsi segala maklumat pendidikan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan berterusan Majlis Guru Cemerlang Johor dan ahli-ahlinya. Terima Kasih Tuan.
Salam, Buat rakan-rakan Guru Cemerlang dimaklumkan bahawa :
URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DGA32, DGA38, DG44, DG48 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Bagi memastikan kuota Guru Cemerlang dipenuhi, terutamanya bagi Gred DG44 di sekolah rendah, Pengarah Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi (KM) diminta bekerjasama dengan JNJK untuk mengemukakan borang permohonan guru dan pensyarah yang layak untuk dicalonkan sebagai Guru/ Pensyarah Cemerlang selewat-lewatnya pada 29 Julai 2010.
Borang Berkaitan Ada di http://www.moe.gov.my/jnjk
SEPERTI SENARAI EDARAN Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DGA32, DGA38, DG44, DG48 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Perbincangan antara Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 2 Jun 2010 telah memutuskan baki kuota Guru Cemerlang yang berjumlah 2286 perlu dinilai oleh JNJK. Bagi memastikan kuota Guru Cemerlang dipenuhi,terutamanya bagi Gred DG44 di sekolah rendah, Pengarah Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi (KM)diminta bekerjasama dengan JNJK untuk mengemukakan borang permohonan guru danpensyarah yang layak untuk dicalonkan sebagai Guru/ Pensyarah Cemerlang selewat-lewatnya pada 29 Julai 2010.
3. Berikut adalah kekosongan kuota Guru Cemerlang: Jadual 1 : Kekosongan Kuota Guru Cemerlang Bil Gred Kekosongan Kuota 1. DGA32 90 2. DGA38 153 3. DG44 (SR) 1531 4. DG44 (SM) 476 5. DG48 (SR) 25 6. Khas C 11
JUMLAH 2286
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 8, BLOK E8 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Telefon : +603-8884 6077 Faks : +603-8884
Salam, Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor merakaman jutaan terima kasih dan penghargaan kepada:
1. Tn. Hj Sufa'at bin Tumin ( Pengarah Pelajaran Johor) 2. Pn. Norhayati binti Alias (Timbalan Ketua Nazir Persekutuan) 3. Tn. Hj Md.Hasidn bin Hj. Zaini (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ) 4. Tn. Hj Jasni bin Omar (KPP Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ) 5. EN. MD. Yussof bin Mohamed (Pegawai Meja Guru Cemerlang Negeri Johor. 6. EN. Norazrin bin Amir Hamzah (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Johor) 7. Tn Hj Aminuddin bin Adam (Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru) 8. En. Yew Kok Leh ( Pengetua SMK. Jalan Mengkibol, Kluang) 9. Tn. Hj. Ismail bin Rosdi ( Pengetua SMK. Desa Cemerlang, Pasir Gudang) 10.En. Aziziulrahman bin Abdul Rahman (Penasihat Ahli Jawatan Kuasa MGCJohor) 11.En Yap Poh Lai (Penasihat Ahli Jawatan Kuasa MGCJohor)
kerana bersama-sama menjayakan Persidangan Majlis Guru Cemerlang negeri Johor 2010. Ucapan Syabas dan Tahniah juga diberikan kepada En. Khoo Boon Khoon YDP Pasir Gudang dan saf pimpinannya yang berusaha bersunguh-sungguh untuk menjayakan persidangan MGC Johor bagi kali ini. Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor juga berharap Persidangan seterusnya yang akan diadakan di Kota Tinggi pada tahun hadapan akan berjalan dengan lancar dan jayanya, selaras dengan moto kita" Kecemerlangan Berterusan"
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Persidangan MGCJ 2010 Tempat : Hotel Selesa Pasir Gudang, Johor. Tarikh : 1 dan 2 Julai 2010 Perasmian oleh En. Mohd Hasidin bin Hj. Zaini
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Persidangan MGCJ 2010 Tarikh : 30 Julai 3020 Masa : 9.00 pagi Temoat : Hotel Selesa Pasir Gudang, Johor
Objektif: 1. Menyusun dan memaatikan pelaksanaan Persidangan Majlis Guru Cemerlang Johor Berjalan lancar. Taklimat Pelaksanaan Persidangan MGC Johor 2010.
PENAFIAN: Pihak MGCM Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGCM JOHOR
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")