MGCN JOHOR

Salam,
Buat rakan-rakan Guru Cemerlang dimaklumkan bahawa :

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DGA32, DGA38, DG44, DG48 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Bagi memastikan kuota Guru Cemerlang dipenuhi, terutamanya bagi Gred DG44 di sekolah rendah, Pengarah Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi (KM) diminta bekerjasama dengan JNJK untuk mengemukakan borang permohonan guru dan pensyarah yang layak untuk dicalonkan sebagai Guru/ Pensyarah Cemerlang selewat-lewatnya pada 29 Julai 2010.


Borang Berkaitan Ada di http://www.moe.gov.my/jnjk


SEPERTI SENARAI EDARAN
Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED
DGA32, DGA38, DG44, DG48 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP)
TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Perbincangan antara Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti (JNJK) pada 2 Jun 2010 telah memutuskan baki kuota Guru Cemerlang yang berjumlah 2286 perlu dinilai oleh JNJK. Bagi memastikan kuota Guru Cemerlang dipenuhi,terutamanya bagi Gred DG44 di sekolah rendah, Pengarah Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi (KM)diminta bekerjasama dengan JNJK untuk mengemukakan borang permohonan guru danpensyarah yang layak untuk dicalonkan sebagai Guru/ Pensyarah Cemerlang selewat-lewatnya
pada 29 Julai 2010.

3. Berikut adalah kekosongan kuota Guru Cemerlang:
Jadual 1 : Kekosongan Kuota Guru Cemerlang
Bil Gred Kekosongan Kuota
1. DGA32 90
2. DGA38 153
3. DG44 (SR) 1531
4. DG44 (SM) 476
5. DG48 (SR) 25
6. Khas C 11

JUMLAH 2286


PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK E8
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA Telefon : +603-8884 6077
Faks : +603-8884

0 Responses

Post a Comment

PENAFIAN

PENAFIAN: Pihak MGCM Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGCM JOHOR

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCM JOHOR

© Copyright 2010, All Rights Reserved

  • Bicara MGCJ

    Lawatan IAB

    Lawatan ke Kedah 2009.

    Followers