NKRA
Salam,
ADAKAH MURID ANDA BELAJAR?
Adakah saya mengajar pada hari ini atau saya syok sendiri. Inilah bentuk soalan yang patut ditanya kepada diri anda setiap kali habis aktiviti P & P. Sebagai guru kita selalu membuat andaian yang kita telah mengajar, tetapi adakah murid kita belajar dengan cara kita mengajar. Inilah persoalan yang perlu direnung oleh seseorang guru. Bagi memastikan murid belajar, bersedia untuk belajar mesti berlaku dahulu. Jika anda terus mengajar tanpa mempedulikan kesediaan murid anda belajar, ternyata anda cuma mementingkan diri sendiri. Anda hanya pentingkan diri anda, bukan diri pelajar itu sedangkan klien andalah yang patut anda utamakan sebab sebagai klien mereka adalah raja dan sebagai klien mereka sentiasa betul.
Kebiasaan memberi apa yang kita mahu beri sahaja sebenarnya tidak betul. Pernahkah anda bertanya kepada murid-murid anda, apa yang mereka inginkan daripada anda. Lebih jelas lagi apa yang mereka inginkan pada hari itu? Jika murid hendak bermain pada hari itu, tetapi anda suruh dia belajar, dia tak kan belajar. Jika anda suruh dia belajar juga dia akan belajar sambil bermain. Jadi kita kenalah mengajar mereka sambil bermain.Atau lebih tepat lagi belajar dengan cara yang menghiburkan.
Ada dua perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan murid anda telah bersedia untuk belajar.Pertama, pastikan dia telah bersedia dengan topik yang akan diajar pada hari berikutnya.Caranya, pada hari sebelumnya anda sepatutnya sudah memberitahu murid-murid anda tentang topik yang akan diajar. Suruh mereka bersedia dengan topik tersebut. Kedua, anda mesti pastikan pelajar-pelajar menamatkan semua pergerakan atau aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembelajaran. Anda tidak patut memulakan pelajaran sedangkan dua tiga orang murid anda masih bercakap-cakap di belakang. Begitu juga anda tidak sepatutnya memulakan pelajaran jika “najis” masih belum dibuang. Najis itu adalah analogi bagi sampah yang terdapat di dalam kelas. Jika kita tidak boleh tahan dengan bau najis, mengapa sampah yang menjadi najis itu tidak disingkirkan terlebih dahulu.Anda mesti memastikan mereka duduk tenang, memandang ke hadapan dan siap sedia untuk belajar.Lebih baik lagi jika ketua kelas atau seseorang yang dilantik datang ke depan dan memberitahuanda dengan ungkapan “Tuan/Puan, kami sudah bersedia untuk menerima pelajaran!”
DIPETIK DARI : BLOG PANDUAN GURU-GURU MALAYSIA
PENAFIAN
PENAFIAN: Pihak MGCM Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGCM JOHOR
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")
Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCM JOHOR
© Copyright 2010, All Rights Reserved
Post a Comment