MGCN JOHOR



Majlis Perasmian Blog MGC Johor oleh Pengarah Pelajaran Johor
Tarikh : 2 Julai 2010
Tempat : Hotel Selesa Paasir Gudang, Johor.

Salam,
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Illahi di atas kesudian Tn. Hj. Sufa'at bin Tumin Pengarah Pelajaran Johor melancarkan Blog MGC Johor, di majlis Perasmian Penutup Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor 2010. Jutaan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua Setiausaha dan Penolong Setiausaha Majlis Guru Cemerlang Daerah Negeri Johor kerana telah berjaya melengkapkan blog masing-masing. Sesuai dengan perkembangan semasa ICT memainkan peranan yang terkini dalam menyalurkan segala maklumat kepada semua pelayar internet. Jesteru itu, melalui blog ini penjungjung akan mendapatkan pelbagai maklumat dari setiap Majlis Guru Cemerlang Daerah Johor baik aktiviti semasa, pengetahuan, idea, bahan pengajaran dan pembelajaran, nota dan juga hebahan-hebahan yang boleh dikongsikan bersama. Mudah-mudahan dengan adanya blog ini akan meningkatkan keupayaan dan memberikan satu ruang untuk berkongsi segala maklumat pendidikan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan berterusan Majlis Guru Cemerlang Johor dan ahli-ahlinya. Terima Kasih Tuan.

0 Responses

Post a Comment

PENAFIAN

PENAFIAN: Pihak MGCM Johor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGCM JOHOR

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCM JOHOR

© Copyright 2010, All Rights Reserved

  • Bicara MGCJ

    Lawatan IAB

    Lawatan ke Kedah 2009.

    Followers